BERANG apabila diasak dengan kata-kata sinis yang mempertikaikan bentuk hidung baharunya, pelakon Lana Nodin tampil mendedahkan kisah sebenar apa yang berlaku kepadanya.
Jelasnya, dia rimas dengan pelbagai teguran tentang hidungnya dan mengakui telahpun menjalani pembedahan bagi membetulkan bahagian tersebut sebelum ini.
Dia menjalani pembedahan rhinoplasty atau membetulkan semula hidung akibat kemalangan motosikal RXZ yang berlaku semasa zaman persekolahan dulu.
“Kalau ikutkan ini hal peribadi dan saya tak perlu pun nak cerita tapi dah sibuk sangat nak tahu. Kau orang semua pun dah banyak buat dosa kering, saya ceritalah.
“Saya kasihan nanti tak jumpa sampai Padang Mahsyar. Hidung saya ni masa sekolah, saya accident. Masa tu balik kampung di felda yang tanah-tanah merah tu.
“Bila bawa motor RXZ, entah macam mana terjatuh tersungkur hidung berdarah, rupa-rupanya patah,” kata Lana membuat pendedahan.

Disebabkan impak kemalangan tersebut, dia mengalami kecederaan serius sehingga membuatkan hidungnya senget.
Doktor pula memasukkan besi pada bahagian tersebut untuk mengembalikan semula struktur hidungnya beberapa tahun selepas itu.
Selain itu, pembedahan rhinoplasty juga hanya bertahan selama 10 tahun sahaja dan dia perlu melakukan pembedahan baru bagi membetulkan semula struktur hidungnya semula.
“Kesannya hidung saya memang senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung, memang saya buat sebab hidung patah dah lama dah, kau apa tahu,” katanya.
“Jadi saya pun tukarlah supaya hidung tak bernanah. Saya guna tulang telinga. Puas? Apa lagi nak tahu? Sibuk sangat dengan hidung aku.
“Lubang lain nak tahu tak? Ada yang kata aku ni tukar kejadian Tuhan lah apa lah, muka aku ini semua aslilah,” katanya memberikan penjelasan sinis kepada netizen yang sering mempertikaikan keadaan hidungnya.
Terdahulu, Lana sering menjadi mangsa kecaman segelintir pihak yang sentiasa menuduh dia membuat pembedahan hidung dan mengubah kejadian Tuhan.
Berang terus menerus dilempar dengan pelbagai tuduhan, dia tampil memberikan penjelasan kepada semua mengapa keadaan tersebut berlaku.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.