Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PASLeak tidak tepat format minit mesyuarat Pas, ditulis Jebon -

PASLeak tidak tepat format minit mesyuarat Pas, ditulis Jebon

Oleh RIZQI ZABIDI

DOKUMEN PasLeak yang tersebar di media sosial sejak minggu lalu diyakini palsu bersandarkan kepada ciri-cirinya yang sama sekali tidak menepati format minit mesyuarat ditetapkan parti itu.

Malah menurut Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika ditanya mengenai perkara tersebut, turut mempersoalkan ‘Jebon’ mana yang menulis minit mesyuarat tersebut.

Selaku individu yang berada dalam hierarki kepimpinan parti katanya, beliau langsung tidak mempunyai pengetahuan berhubung perkara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut.

“Saya kalau bincang nak perang Amerika semua itu, saya tak tulis. Yang tulis itu orang bodoh saja, ada ke tulis lepas tu ‘pi’ bagi orang baca.

“Entah siapa tulis tu? Jebon mana ‘pi’ tulis minit mesyuarat?” Soalnya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, beliau merasakan dokumen itu dibuat oleh pasukan ‘Cyber Trooper’ pihak tertentu, yang mahu mendapatkan kepentingan daripada kewujudan dokumen tersebut.

“Contohnya Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jali yang asyik desak Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar buat sumpah laknat. Isham Jali tu ada kepentingan atas dokumen tersebut dan dia sedang menggunakan dokumen itu.

“Orang macam itu ada potensi buat dokumen tersebut,” katanya.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, Perikatan Nasional (PN) sebelum ini pernah membincangan mengenai khemah besar yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) dengan Pas sudah pun membuat keputusan untuk tidak menyertainya.

“Pas menolak rancangan itu. Kalau Pas tak turut serta, PN pun tak cukup kerusi dan tak boleh ‘pi’ la untuk sertai khemah besar itu.

“Ada orang kata khemah besar itu melibatkan DAP, tetapi ada juga yang kata tanpa DAP. Tanpa DAP atau tidak, tak mungkinlah kami sertai khemah besar itu,” katanya.

Tambahnya, pengalaman selama 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) merupakan antara faktor mengapa Pas memilih untuk tidak menyertai gabungan baharu yang dirancang itu.

“Benda yang kita pernah buat dengan PKR, semua strategi dalam pakatan itu tak akan berulang,” katanya. – SB