Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buruh parah tersepit bawah traktor pengais tanah -

Buruh parah tersepit bawah traktor pengais tanah

SEORANG pekerja terselamat selepas tersepit pada peralatan pengais tanah, traktor di sebuah ladang di Sungai Gemas, Segamat, Johor.

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa, Khairul Anwar Abu Danial, 23, mengalami kecederaan parah di kedua-dua tangan dan kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd. Hazim Abd. Razak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.53 pagi tadi.

“Kemalangan membabitkan seorang mangsa dan sebuah jentera traktor. Mangsa dipercayai sedang memeriksa kipas besi pengais tanah di bahagian belakang traktor.

“Secara tiba-tiba mangsa tersepit dan mengalami kecederaan. Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Mangsa dihantar ke pusat rawatan berhampiran oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberikan rawatan lanjut.