Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lima PATI lemas, dua masih hilang selepas bot karam -

Lima PATI lemas, dua masih hilang selepas bot karam

LIMA individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui lemas, manakala dua lagi dilaporkan masih hilang selepas bot dinaiki bersama 20 yang lain karam di kawasan perairan berhampiran Pulau Tanduoan, di Sabah, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seramai 13 penumpang ditemui selamat selepas diselamatkan penduduk kampung dan nelayan setempat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian itu jam 9.10 malam.

Beliau berkata, laporan awal itu memaklumkan lima individu dikhuatiri lemas, manakala identiti mangsa yang masih hilang belum diperoleh.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dianggarkan seramai 20 penumpang berada di dalam bot berkenaan sebelum dilaporkan terbalik.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba dan dibantu agensi lain, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya, memetik laporan Berita Harian, ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

“Butiran dan maklumat lanjut masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.