MT UMNO pilih Ismail Sabri calon PM hadapi PRU-15

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini memutuskan mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, UMNO juga akan mengadakan persidangan khas pada 14 Mei ini bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.