Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wan Junaidi bentang RUU pinda Perkara 10 Perlembagaan  -

Wan Junaidi bentang RUU pinda Perkara 10 Perlembagaan 

KERAJAAN hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bagi menambah fasal 3A dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 

RUU itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebaik sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula jam 10 pagi tadi.

“RUU yang akan saya bentangkan bertujuan meminda Perkara 10 dengan maksud memasukkan fasal 3A selepas fasal 3 bagi sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan c fasal 1 yang berhubung dengan keahlian dalam parti politik Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang persekutuan.

“Pindaan ini turut memberi punca kuasa bagi membolehkan satu akta khsusunya berhubung larangan ahli dewan bertukar parti digubal dan diluluskan di Parlimen,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan hari ini