Bahasa Melayu dipilih untuk terjemahan teks Khutbah Jumaat di Masjid Al Nabawi

BAHASA Melayu menjadi satu daripada 10 bahasa utama dunia yang dipilih oleh Masjid Al Nabawi, Madinah, Arab Saudi untuk menterjemah teks khutbah Jumaat daripada bahasa Arab.

Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Haramain Sharifain semalam.

“Masjid Al Nabawi mengumumkan perasmian menterjemah Khutbah Jumaat dalam 10 Bahasa.

“Bahasa yang terlibat adalah Inggeris, Urdu, Perancis, Bengali, Melayu, Turki, Hausa, Cina, Rusia dan Parsi,” katanya.

Kenyataan yang dimuat naik itu mendapat perhatian masyarakat seluruh antarabangsa dengan tanda suka 23,000 dan 2,000 perkongsian. – SB