SEORANG lelaki lebam pada bahagian mata, pipi serta luka pada tangan kanan dan kiri dipukul sekumpulan individu menggunakan tangan dan topi keledar dalam satu kejadian awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13, Setia Alam.
Katanya, Isteri mangsa telah membuat laporan polis pada hari sama mengenai suaminya yang kerja sebagai pemandu peribadi dipukul sekumpulan lelaki.
“Mangsa mengalami kerugian selepas telefon miliknya jenis Huawei Nova 4, dompet yang mengandungi dokumen penting serta wang RM50 telah disamun oleh suspek.
“Motosikal mangsa juga telah dibawa lari oleh kumpulan lelaki India yang tidak dikenali tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Usaha mengesan kumpulan lelaki tersebut sedang giat dijalankan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saiedayu ditalian 03-55202222. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.