INGATKAN sudah reda namun nampaknya kisah usahawan Iqbal Zulkefli dan Datuk Seri Vida nampaknya masih belum berakhir apabila video ‘pertemuan’ mereka sempena konsert akhir Big Stage 2022 tular dalam media sosial.
Ada netizen mendakwa Iqbal yang kelihatan bertemu Vida ketika itu mencalitkan sesuatu dan didakwa menyapu minyak dagu sebelum berlalu pergi.
Menganggap apa yang didakwa oleh netizen yang memuat naik video berkenaan sebagai lucu, dia berkata perkara berkenaan tidak benar sama sekali.
“Rasa nak marah, tapi kena sabar. Rasa lucu bila orang kata saya letak minyak dagu pada Vida. Saya pernah dengar (perbuatan syirik tersebut).
“Minyak kereta pun tak biasa isi sendiri. Mungkin orang bangga bila dapat ‘fyp’ (dalam TikTok) tapi bangga dengan cara fitnah orang.
“Keturunan saya tak ada main macam itu. Hidup tak berkat. Luculah, kadang-kadang orang percaya dengan benda macam ini,” katanya.
Tambah Iqbal lagi, pertemuan di antara dia dan Vida pada malam berkenaan berlaku selepas lima bulan tidak berhubung antara satu sama lain.
Jelasnya, dia hanya bertegur sapa dengan usahawan berkenaan yang duduk di kerusi Presiden Netizen dengan niat mahu bertanya khabar sahaja.
“Hanya itu sahaja waktu yang ada untuk tegur dia. Datang tanya khabar. Kami berbual baik walaupun agak janggal.
“Saya tunjuk cincin diberi oleh Vida, tanda bahawa saya bawa ke mana saja saya pergi. Saya mahu ambil gambar untuk simpan sendiri tetapi dia tak mahu,” katanya.
Sebagai info, hubungan antara kedua-dua mereka renggang apabila kisah mahu berkahwin namun tak kesampaian mendapat liputan meluas sebelum ini.
Paling mengejutkan apabila Vida mendedahkan yang Iqbal telah disihir dan menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan tanpa sempat bernikah meskipun persiapan sudah dilakukan.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.