Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel KL ditutup hari ini -

Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel KL ditutup hari ini

PERKHIDMATAN kereta api transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula jam 9 pagi hingga 3 petang hari ini.

MyRapid KL menerusi laman Instagram memaklumkan, penutupan tersebut melibatkan LRT laluan Ampang dan Sri Petaling, LRT laluan Kelana Jaya, MRT laluan Kajang dan kesemua laluan Monorel KL bagi memelihara keselamatan awam.

“Bagi laluan Ampang dan Sri Petaling melibatkan stesen Chan Sow Lin, Hang Tuah, Masjid Jamek, Sultan Ismail, Pudu, Plaza Rakyat, Bandaraya dan Cheras.

“Bagi laluan Kelana Jaya, Stesen yang terlibat adalah Kampung Baru, Masjid Jamek, KL Sentral, Abdullah Hukum, Dang Wangi, Pasar Seni dan Bangsar.

“MRT laluan Kajang melibatkan Taman Pertama, Cochrane, Bukit Bintang, Pasar Seni, Maluri, Tun Razak Exchange, Merdeka dan Muzium Negara,” katanya.
Dalam pada itu, kaunter kad konsesi MyRapid di stesen LRT Pasar Seni juga ditutup.

Walau bagaimanapun, stesen yang tidak terlibat akan beroperasi seperti biasa. – SB