SERAMAI 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selesai mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada Sabtu.
Istiadat mengangkat sumpah yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene itu turut dihadiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Exco Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap), Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K. Raven Kumar (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom), Mohd Hairi Mad Shah (Larkin), dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).
Turut mengangkat sumpah Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).
Pada 15 Mac lalu, ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.