Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Arab Saudi benar iktikaf di dua masjid suci -

Arab Saudi benar iktikaf di dua masjid suci

SELEPAS dua tahun, Arab Saudi membenarkan semula ibadah iktikaf di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pada Ramadan kali ini.

Saudi Gazette melaporkan, perkara itu diumumkan oleh Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Dr. Abdul Rahman Al-Sudais.

Dr. Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mula mengeluarkan permit menerusi laman web rasminya tidak lama lagi.

Ia selaras dengan syarat khusus dan kriteria yang ditetapkan kemudian.

Iktikaf di masjid semata-mata untuk tujuan ibadat dan berdiam diri digantung pelaksanaannya dari dua masjid suci sepanjang Ramadan pada 2020 berikutan penularan wabak Covid-19.

Arahan itu diteruskan sepanjang Ramadan 2021 sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan koronavirus.

Sekurang-kurangnya 100,000 jemaah beritikaf di dua masjid itu sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Pada 2019, Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci memperuntukkan ruang bumbung masjid untuk iktikaf dengan rak dan peti besi berasingan.

Setiap jemaah diberikan loker sendiri dengan kunci untuk menyimpan barang-barang mereka termasuk sejadah, bantal, cadar ringan dan pakaian ihram.

Pihak presiden juga melancarkan portal dalam talian untuk memberi garis panduan dan kemudahan pendaftaran kepada bakal jemaah yang berniat untuk melakukan itikaf. – SB