Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Taburan hujan yang ekstrem punca fenomena kepala air di Gunung Jerai -

Taburan hujan yang ekstrem punca fenomena kepala air di Gunung Jerai

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

FENOMENA kepala air di kawasan Gunung Jerai sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur di Kuala Muda dan Yan, Kedah berpunca daripada taburan hujan ekstrem pada semalam.

Stesen Hujan Gunung Jerai merekodkan bacaan kumulatif 281milimeter (mm) dan 172mm dicatatkan di Stesen Hujan Kampung Singkir Genting dalam kejadian jam 2.30 petang.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr. Zaini Ujang, dalam tempoh satu jam, jumlah kumulatif tertinggi hujan direkodkan adalah 91mm.

“Berdasarkan rekod pada jam 6 petang, hujan melebihi 50 tahun Average Recurrence Interval (ARI).

“Kemuncaknya ialah pada jam 8 malam iaitu melebihi 70 tahun ARI bagi jumlah hujan 278mm,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaini berkata, kejadian itu telah menyebabkan berlakunya banjir lumpur dengan kedalaman 0.1 hingga 1.5 meter di daerah berkenaan.

“Hujan lebat di hulu iaitu kawasan bukit menyebabkan berlaku limpahan air sungai serta terdapat halangan sampah sarap, kayu dan pokok yang tersangkut pada lintasan,” katanya.

Katanya, kementerian bersama agensi terlibat termasuk kerajaan negeri telah mengambil tindakan termasuk kerja-kerja pembersihan dan mengadakan perbincangan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang perlu dijalankan segera. – SB