Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir di Kelantan: KKMM luluskan bantuan RM100,000 -

Banjir di Kelantan: KKMM luluskan bantuan RM100,000

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, persiapan sedang dilakukan untuk menghantar bantuan tersebut, setelah berunding dengan jentera tempatan bagi mengelakkan pertindihan barangan bantuan.

“Saya telah memberi arahan kepada pasukan sukarelawan KKMM khususnya di bawah kendalian Sekretariat di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Mungkin bantuan boleh dibuat pada pascabanjir kerana sekarang ada banyak bantuan, mungkin ada keluarga yang perlukan bantuan pascapindah banjir,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program rewang bersama masyarakat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Muhibbah, Paloh, Kluang.

Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu semakin berkurangan dengan hanya 3,408 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). – BERNAMA