Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MetMalaysia: Hujan lebat di tiga negeri hingga esok -

MetMalaysia: Hujan lebat di tiga negeri hingga esok

JABATAN Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada hujan lebat yang dijangka akan melanda Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermula 19 hingga 20 Ogos.

Menurut amaran tersebut, hujan lebat akan melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Turut bakal mengalami cuaca buruk berkenaan, seluruh Pulau Pinang serta kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung di Perak.

Semalam, hujan lebat berterusan telah mengakibatkan kejadian kepala air di Gunung Jerai, Yan, Kedah.

Tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan itu yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, antara lokasi terlibat banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi. – SB