Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelancong terkandas di Pulau Perhentian diselamatkan hari ini -

Pelancong terkandas di Pulau Perhentian diselamatkan hari ini

KESEMUA 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas kini sedang dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi Isnin.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong bermula 7.30 pagi tadi.

KEADAAN laut bergelora akibat cuaca buruk yang melanda kawasan perairan di Pulau Perhentian Terengganu menyebabkan hampir 400 pelancong terkandas di pulau peranginan tersebut sejak Jumaat lepas.

   “Keadaan cuaca yang baik dan laut yang tidak lagi berombak kuat membolehkan kita bawa keluar semua pelancong tersebut. Kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau ini,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Kesemua pelancong yang menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian itu terkandas sejak Jumaat lepas ekoran keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Situasi tersebut menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan. – Bernama