Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SOP lengkap dos penggalak untuk solat Jumaat hanya terpakai di Selangor - Jakim -

SOP lengkap dos penggalak untuk solat Jumaat hanya terpakai di Selangor – Jakim

PROSEDUR operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak dibenarkan hadir menunai solat Jumaat, hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja. 

“Jakim menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat,” katanya dalam kenyataan beliau di Putrajaya pada Ahad.

Selasa lepas, Jabatan Agama Islam Selangor melalui surat pekeliling bertarikh 21 Februari lepas menetapkan syarat menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan Solat Jumaat bermula 25 Februari. – Bernama