SEBANYAK 43 kematian baharu dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam Sabtu, sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kematian disebabkan pandemik itu kini mencecah 32,634 orang.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 13 kematian dilaporkan berlaku di luar hospital, atau ‘Brought-in-Dead’ (BID).
KKM memaklumkan angka kematian itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu ekoran proses pengesahan yang mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 298,976 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 286,959 individu atau 96 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala seramai 3,758 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Dalam pada itu, sebanyak 7,911 kes sedang menerima rawatan di hospital dengan 348 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Daripada jumlah pesakit yang dirawat di ICU, seramai 145 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala 203 lagi memerlukan mesin ventilator.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.