Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Dua bekas ADUN bertembung di Bukit Kepong   -

[VIDEO] Dua bekas ADUN bertembung di Bukit Kepong  

PEREBUTAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Bukit Kepong, Johor menyaksikan pertembungan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pertandingan empat penjuru. 

Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula bekas ADUN Bukit Kepong yang juga bekas Menteri Besar Johor ke-17, Datuk Dr Sahruddin Jamal, manakala Barisan Nasional (BN) mengetengahkan bekas ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed. 

Dua lagi calon ialah pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Nurafiqah M Zulkifli dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Md Taib Md Suhut. 

Proses penamaan calon ini berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pagoh, Johor. 

Md Taib tiba paling awal di pusat penamaan calon dan dilihat memasuki IKBN jam 7.50 pagi.

Calon PN, Dr Sahruddin yang memakai baju Melayu biru tiba di perkarangan pusat penamaan pada jam 8.36 lagi, manakala Nurafiqah tiba paling akhir pada jam 8.55 pagi. 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Kepong, Rahaman @ Abdul Rahman Selamat mengesahkan semua calon layak bertanding selepas proses penyerahan borang calon ditutup pada jam 10 pagi. 

Berdasarkan undian kedudukan nombor calon pada kertas undi, Dr Shahruddin (PN) berada pada nombor satu, diikuti calon MUDA, BN dan Pejuang. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada 8 Mac, manakala hari mengundi pada 12 Mac ini. – SB