MALAYSIA memerlukan satu penilaian semula terhadap agenda pembangunan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang menjejaskan pembangunan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau, gangguan yang teruk kepada kehidupan dan ekonomi akbibat daripada pandemik ini memerlukan usaha semua pihak bagi menjamin pemulihan serta perkembangan ekonomi serta pada sama melindungi alam sekitar.
Beliau berkata, Malaysia turut megiktiraf prinsip kesatuan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta Sasaran Pembangunan Lestari (SDG) dalam agenda pembangunan negara.
Tambahnya, perkara itu akan dicerminkan melalui pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, yang mempunyai sasaran kepada pembangunan yang adil dan pengagihan sumber yang saksama ketika merapatkan jurang di semua peringkat.
“Ia sentiasa menjadi isu yang sukar, apabila ada persaingan kedua-dua pihak, satu pihak memerlukan pendekatan secara beransur-ansur, manakala satu pihak lagi lebih agresif dan radikal.
“Kerajaan Malaysia berharap dapat mengimbanginya secara adil. Malaysia akan terus menyokong pecutan tindakan dan hala tuju tranformatif dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030,” katanya ketika merasmikan Persidangan Arkitek Landskap Sedunia (IFLA 2020) secara maya, hari ini seperti yang dilaporkan Astro Awani.
Katanya lagi, Malaysia melaksanakan pelan pembangunan jangka panjang setiap lima tahun dan tahun ini menandakan tahun yang pertama bagi Rancangan Malaysia ke-12 (RMke-12).
Jelas beliau, agenda pembangunan negara menjadikan strategi melindungi alam sekitar dan ekonomi hijau sebagai pemangkin utama termasuk pemerkasaan ekonomi, penjagaan alam sekeliling dan penjanaan semula sosial.
“Kami juga komited mematuhi Perjanjian Paris untuk mengehadkan peningkatan suhu dunia sehingga 1.5 darjah Celsius dan mengurangkan pembebasan karbon. Memontum itu sedang dibina dan kami akan memberi sokongan kepada komitmen lain pada masa depan di bawah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (COP26).
“Adalah amat penting untuk seluruh komuniti antarabangsa menghormati kekangan planet ini dan menghargai sumber asli kita,” katanya menambah, Malaysia juga menerima idea bahawa orang ramai boleh menanam sendiri makanan di keliling kediaman.
Beliau menambah, Malaysia akan meneruskan usaha-usaha membangunkan kebun bandar yang dilaksanakan komuniti tempatan selaras dengan fokus pada konsem ‘dari ladanag ke meja’ dalam usaha mengurangkan beban kos rumah tangga terutama membabitkan mereka tinggal di bandar besar.
“Kekurangan makanan dan bekalan rantaian makanan yang tidak menentu ekoran pandemik juga membawa idea kepada konsep ‘Edible Cities and Productive Landscapes’.
“Kedua-dua konsep yang mengetengahkan landskap pertanian sebagai sebahagian daripada infrastruktur hijau bandar yang moden, dari kebun dapur dan kebun bahan makanan kepada kebun komuniti yang membolehkan orang ramai menanam sendiri bahan makanan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, landskap pertanian sebagai infrstruktur perlu di semua bandar raya sudah boleh mula difikirkan oleh semua pihak, manakala perancangan landskap dan reka bentuk juga perlu mengintegrasikan aspek itu dalam kehidupan di bandar.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.