27,179 kes baharu Covid-19 semalam

0
235

SEBANYAK 27,179 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan mencecah 3,273,958 kes.

Angka berkenaan meningkat sebanyak 2,074 kes berbanding jumlah jangkitan sebanyak 25,099 kes yang direkodkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 27,059 kes daripada jumlah kes yang direkodkan itu membabitkan kes tempatan, manakala 678 kes lagi merupakan kes import yang dijangkiti dari luar negara.

“Sebanyak 99.37 peratus bersamaan 27,007 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

“Pecahan daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 70.70 peratus iaitu 19,215 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori dua manakala 7,792 kes (28.67 peratus) adalah pesakit kategori satu,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 102 kes atau 0.3 peratus merupakan pesakit kategori tiga, 43 kes (0.16 peratus) merupakan pesakit kategori empat manakala seramai 27 kes (0.20 peratus) bagi kategori lima.

“Daripada jumlah keseluruhan 172 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 51 kes iaitu 29.65 peratus belum divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan manakala 91 kes sudah menerima dua suntikan vaksin tanpa dos penggalak.

“Sebanyak 30 kes sudah menerima dos penggalak, berumur 60 tahun ke atas (67 kes), mempunyai komorbid (93 kes) dan ibu mengandung (enam kes),” katanya.

Pecahan kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor: 5,568
Sabah: 4,406
Johor: 2,200
Sarawak: 441
Kuala Lumpur: 1,355
Kedah: 2,583
Kelantan: 2,043
Pulau Pinang: 2,601
Perak: 1,025
Negeri Sembilan: 1,157
Pahang: 1,668
Melaka: 611
Terengganu: 782
Labuan: 277
Putrajaya: 163
Perlis: 299