BELUM apa-apa lagi, Rafizi Ramli dan rakan separtinya, Noor Amin Ahmad telah ‘berperang ungkit-mengungkit’ dan saling membalas di Twitter berkenaan individu sesuai bertanding sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Perang Twitter antara bekas Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen (PKR) Kangar itu bagaikan menunjukkan ketidak senangan rakan seperti dengan hasrat Rafizi untuk kembali aktif berpolitik.
Perang Twitter antara mereka verdua bermula dengan pada mulanya, Noor Amin memberitahu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merupakan pemimpin paling layak untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuhkan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Kawan-kawan ahli Parlimen ada yang pancing pandangan politik saya. Untuk tiga empat tahun ke hadapan, berdepan situasi masuk PRU-15, Saifuddin Nasution adalah sosok pertengahan yang sesuai untuk imbang pelbagai kelompok.
“Saya tahu dia keberatan tanding Timbalan Presiden. Tapi itu pandangan saya,” ciap beliau di Twitter.
Bagaimanapun, Rafizi pula membalasnya dengan nada yang dilihat umum kurang senang dengan Noor Amin dan menyindirnya dengan sindiran keras.
Menganggap kenyataan Amin seperti “mengungkit” perkara lama, Rafizi membalasnya dengan berkata, Noor Amin juga jarang ada di Kangar sebelum menang di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
“Sama macam saudara jarang sangat ada di Kangar sebelum 2018 tetapi saya jemput dan kempen juga sampai menang kerusi Kangar walaupun orang Kangar pun tak kenal. Tak pula saya ungkit macam ini. Pandangan saja. Kempen di Twitter ini mudah,” balas Rafizi.
Perbualan hangat itu kemudian berakhir apabila Noor Amin berkata, beliau tidak mengungkit tetapi sekadar saranan.
Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.
Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa PRU-14 lalu.
Untuk rekod, Rafizi sebelum ini mengumumkan persaraan daripada politik dan menumpukan kepada perniagaannya, namun selepas wujud perpecahan dalam PKR ditambah dengan kehadiran seteru baharu seperti orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyebabkan terdapat desakan daripada penyokongnya untuk kembali aktif berpolitik semula. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.