Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
UMNO jangan hati tisu kalau nak main politik - Sanusi -

UMNO jangan hati tisu kalau nak main politik – Sanusi

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mempertahankan kenyataan dibuatnya mengenai kestabilan politik tanah air yang didakwa akan lebih terjamin sekiranya UMNO memiliki jumlah kerusi yang sedikit.

Katanya, kenyataan itu dibuat bersandarkan pemerhatiannya sendiri dengan beliau sudah pun mengemukakan fakta berkaitan dalam pentas ceramah tersebut.

Justeru katanya, mereka yang mahu membalas kenyataan tersebut perlu turut melakukannya secara berfakta selain menampilkan testimoni kepadanya.

“Kerusi UMNO banyak di Perak, Melaka, Johor termasuklah di kerajaan Persekutuan. Semuanya bergolak dengan tukar Menteri Besar, tukar Ketua Menteri serta dibuat Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Semua itu disebabkan ketidakstabilan politik, antaranya disebabkan kerusi UMNO banyak. Mereka nak jawab, kena ada hujahlah, bawa testimoni kepada saya,” katanya.

Muhammad Sanusi bercakap kepada pemberita selepas bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan melancarkan Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kedah di Dewan Al-Hana Sik, hari ini.

Dalam beberapa siri ceramah di Johor baru-baru ini, Muhammad Sanusi mendakwa terdapat formula politik mudah yang mampu membawa kestabilan politik di tanah air iaitu dengan memastikan UMNO memiliki jumlah kerusi yang sedikit.

Muhammad Sanusi menambah, kenyataannya itu juga dibuat dalam konteks PRN dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkara lain yang tidak berkaitan.

“Janganlah orang kaitkan benda lain… Bawa balik Kedah kononnya negeri ini bergoncang dan sebagainya kerana itu bukan dalam konteks dia. Konteks saya berucap itu dalam pilihan raya.

“Bila berlaku pertembungan takkanlah saya nak berkempen untuk parti yang bertembung dengan parti saya? Kalau nak main politik, hati jangan tisu, kena kental,” katanya. – SB