SEBANYAK 24 kematian baharu akibat Covid-19 membabitkan sembilan negeri, direkodkan semalam.
Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, Kedah mencatat lima kes, manakala Johor dan Sabah pula masing-masing empat korban.
Ia diikuti Pahang dan Perak dengan masing-masing tiga kes, Negeri Sembilan (dua) serta Perlis, Selangor dan Terengganu (masing-masing satu).
Sementara itu, seramai 97,975 atau 2.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat semalam.
PICKids dilancarkan 3 Februari lalu dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dengan kedua. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.