Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangan percaya dua menteri Bersatu masuk UMNO - Hamzah -

Jangan percaya dua menteri Bersatu masuk UMNO – Hamzah

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan kononnya dua menteri daripada parti itu akan menyertai UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu merupakan ‘psywar’ atau perang psikologi sesetengah pihak.

Justeru beliau menggesa semua pihak agar tidak percaya dengan khabar angin tersebut, lapor Sinar Harian, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita pro-UMNO yang mendedahkan dua menteri daripada Bersatu dikatakan mahu melompat kembali untuk menyertai UMNO.

Lapor portal itu salah seorang menteri yang mahu melompat itu merupakan bekas ahli UMNO yang agak senior, manakala seorang lagi individu pula agak muda.

Menteri senior tersebut memegang jawatan kanan dalam parti Bersatu manakala menteri yang agak muda pula hanya memegang jawatan biasa tetapi berstatus menteri.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pemimpin Bersatu Johor termasuk bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad dan bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengumumkan keluar Bersatu.