Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Meninggal dunia ketika daki bukit di Georgetown -

Meninggal dunia ketika daki bukit di Georgetown

SEORANG lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di bukit berhampiran Taman Botani, Jalan Kebun Bunga di Georgetown, pada Ahad.

Mangsa berusia 54 tahun ditemukan tidak sedarkan diri pada ketinggian 200 meter dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Safry Romli, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.10 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota mendaki kira-kira 20 minit iaitu sejauh 450 meter ke lokasi mangsa ditemukan pengsan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati mangsa tidak sedarkan diri pada ketinggian 200 meter bukit berkenaan.

“Pasukan penyelamat memberi bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) selama 30 minit kepada mangsa,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian pada Isnin.

Safry berkata, anggota bomba menurunkan mangsa ke kaki bukit menggunakan pengusung.

“Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut,” katanya lagi.

Difahamkan mangsa dari Sungai Ara, Bayan Lepas, sebelum itu melakukan aktiviti mendaki bersama kira-kira 10 rakannya sebelum didapati tidak sedarkan diri.