Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pulau Pinang laksana program vaksinasi kanak-kanak bermula esok -
Dr. Norlela Ariffin

Pulau Pinang laksana program vaksinasi kanak-kanak bermula esok

PROGRAM vaksinasi melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mempunyai komorbid atau tergolong dalam kalangan yang berisiko tinggi di Pulau Pinang akan bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr. Norlela Ariffin berkata, pemberian vaksin itu akan dilaksanakan di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Menurut Norlela, program itu bakal melibatkan kira-kira 160,000 kanak-kanak yang layak menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Bagi kanak-kanak yang tiada penyakit, mereka akan disuntik sama ada di Klinik Kesihatan atau di sekolah.

“Namun buat permulaan, hanya kanak-kanak yang mempunyai komorbid akan disuntik vaksin dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Norlela berkata, dua lagi kluster pendidikan dilaporkan di Pulau Pinang sehingga semalam menjadikan 12 kluster dari sektor pendidikan setakat ini.

Jelasnya, dua kluster baharu itu ialah kluster Bandar Putra Bertam iaitu Madrasah Al-Aminiah Bertam Tahfiz Vokasional di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan kluster Jalan Bukit Minyak Dua iaitu Kolej Vokasional Seberang Perai di daerah Seberang Perai Tengah (SPU). – SB