Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangan bimbang, keadaan terkawal: PDRM -

Jangan bimbang, keadaan terkawal: PDRM

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara terkawal susulan situasi semasa politik negara yang menyaksikan pembubaran kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan orang ramai supaya diminta tidak bimbang dan membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

Pada masa sama, katanya polis juga akan meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak menggunakan apa jua medium yang boleh menimbulkan hasutan dan menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada masa sama orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19.

Keadaan politik negara bergolak selepas kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan, bersama semua barisan kabinet, selepas 17 bulan memegang jawatan itu.

Ketika ini, Muhyiddin dilantik sebagai PM sementara atau ‘caretaker’ sehinggalah Perdana Menteri baharu dilantik. – SB