AMARAN ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Sarawak petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), memaklumkan amaran ribut petir yang dikeluarkan itu melibatkan kawasan Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang.
“Di Johor, melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muat, Batu Pahat dan Kluang.
“Selain itu, amaran yang sama turut diterima di Pahang membabitkan kawasan di Rompin,” kata agensi tersebut di laman web rasminya.
Amaran ribut petir turut dikeluarkan di negeri Sarawak melibatkan kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Miri (Subis dan Miri).
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga jam 4 petang ini. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.