PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya, dipercayai bagi mempengerusikan mesyuarat khas kabinet.
Sinar Harian melaporkan, kenderaan yang membawa beliau dilihat memasuki pekarangan bangunan Perdana Putra jam 8.07 pagi pada Isnin.
Muhyiddin sempat melambaikan tangan dan tersenyum kepada pemberita yang menunggunya di luar bangunan Perdana Putra.
Difahamkan mesyuarat berkenaan diadakan jam 10 pagi ini sebelum Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menghantar surat peletakan jawatannya. – SB
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya, dipercayai bagi mempengerusikan mesyuarat khas kabinet.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.