KONSERT kumpulan Korea Selatan, Stray Kids dan Chungha yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat di Riyadh, Arab Saudi dibatalkan serta merta.
Angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut menyebabkan beberapa acara lain juga dibatalkan.
Bandar Riyadh yang ketika ini sedang melangsungkan acara Riyadh Season turut menganjurkan acara konsert kpop untuk menarik pengunjung ke sana.
Terdahulu pihak berkuasa menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Hiburan Am, Turki Al Sheikh berkata, keadaan cuaca membuatkan mereka terpaksa menangguhkan banyak acara di sana.
Persembahan hiburan di Arab Saudi bukanlah satu perkara baharu memandangkan sebelum ini sudah ramai artis-artis ternama seperti Justin Bieber dan kumpulan BTS sudah membuatkan konsert di sana.
Meskipun banyak mendapat kritikan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia, mereka tetap menganjurkan acara hiburan seperti biasa. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.