Lebuhraya utama sesak disebabkan RFID

PENGGUNAAN sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) yang sepatutnya memudahkan perjalanan tidak berfungsi seperti yang dikatakan.

Pada Isnin, hari pertama penggunaan sistem ini bagi kenderaan ringan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ia telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk pada pagi tadi dan petang ini.

Ramai dalam karangan pengguna laluan berkaitan berkongsi dan meluahkan kemarahan ekoran daripada kesesakan yang berlaku.

Kesesakan dilaporkan berlaku di Plaza Tol Bandar Seri Putra dan Sungai Besi sejak seawal pukul 7 pagi tadi.

Kesesakan teruk kembali berulang di waktu puncak pada tengah hari tadi sehingga mengakibatkan ramai antara pengguna jalan raya terpaksa bertukar dari lorong tol RFID kepada lorong tol yang lain.

Kerana ini berlaku menurut kata warganet diakibatkan oleh beberapa isu teknikal berkaitan dengan transaksi RFID berkenaan.

SELAIN masalah teknikal dengan sistem transaksi RFID, pengguna juga mengadu penerapan lorong lorong smart tag juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas teruk yang berlaku pada hari ini.

Para pengguna juga mengadu beberapa laluan tol smart tag kini tidak lagi dibuka dan diganti dengan lorong RFID dan mengakibatkan kekeliruan serta kesesakan.

Perlaksanaan transaksi tol RFID yang bermula pada 15 Januari bagi kenderaan ringan ini telah diumumkan Kementerian Kerja Raya pada 16 Disember lalu.

Menurut kementerian berkenaan, penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) bertujuan membolehkan para pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar seiring dengan perkembangan teknologi terkini.- SB