Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tular kaki kanak-kanak cedera tersepit eskalator pasar raya -

Tular kaki kanak-kanak cedera tersepit eskalator pasar raya

TULAR kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersepit kaki pada eskalator di sebuah pasar raya di Kota Bahru, Kelantan semalam.

Dalam kejadiain pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa cedera pada jari kelingking dan tengah kaki kirinya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, mangsa sebelum itu bersamasama- bapanya yang berusia 36 tahun ke pasar raya berkenaan dan menaiki tangga bergerak tersebut.

“Mereka dari aras bawah ke tingkat satu bangunan dan semasa menaiki tangga bergerak tersebut, kaki anaknya tiba-tiba tersepit pada bahagian hujung tangga berkenaan.

“Mangsa dibantu pihak teknikal pasar raya dan orang awam yang menghentikan tangga tersebut sebelum dapat mengeluarkan kaki kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk rawatan.

“Kami menerima laporan polis yang dibuat oleh bapa kanak-kanak itu pada pukul 5 petang semalam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai dan ibu bapa supaya berhati-hati serta mengawasi anak-anak kecik yang menggunakan eskalator.

Rakaman video kejadian itu turut tular di laman sosial sejak semalam.