3,381 kes Covid-19 hari ini

SEBANYAK 3,381 kes baharu Covid-19 telah dilaporkan pada Jumaat sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,780,080 kes.

Kes baharu itu menunjukkan penurunan berbanding 3,543 kes yang dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter rasminya, hari ini.  – SB