Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
14 peratus daripada 122 jemaah umrah positif varian Omicron tiada rekod vaksinasi -

14 peratus daripada 122 jemaah umrah positif varian Omicron tiada rekod vaksinasi

SIASATAN awal Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak mempunyai sebarang rekod vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, siasatan awal KKM ke atas 122 jemaah umrah yang disahkan positif jangkitan Covid-19 varian Omicron mendapati sebanyak 14 peratus daripada jumlah itu tidak mengambil vaksinasi.

Katanya, perkara itu memberi petunjuk bahawa berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan ke atas jemaah umrah.

“Hanya yang divaksinasi sahaja sepatutnya dibenarkan untuk menunaikan umrah. Kita akan adakan perbincangan dengan kementerian terlibat supaya agensi patuh dengan syarat yang kita letakkan.

“Kita juga sedang siasat sama ada mereka tidak divaksinasi kerana faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi,” katanya ketika sidang media pada Khamis.

Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan turut berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat di negara berkenaan bagi memperketatkan SOP sedia ada.

“KKM bersama agensi berkaitan akan akan kemas kini SOP umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontak rapat di Arab Saudi.

“Pemantauan status kesihatan, memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan dan memastikan pematuhan SOP umrah oleh jemaah dan petugas umrah serta melaporkan kes positif dan kontak rapat kepada KKM,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengumumkan kerajaan akan menangguhkan kebenaran mengerjakan ibadah umrah selama sebulan berkuat kuasa bermula 8 Januari ini.–SB