Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM tiada niat jatuhkan imej pengamal perubatan, turunkan video PSA rasuah MC -

SPRM tiada niat jatuhkan imej pengamal perubatan, turunkan video PSA rasuah MC

PENYIARAN video pengumuman khidmat awam (PSA) mengenai rasuah cuti sakit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan bertujuan untuk menjatuhkan imej pengamal perubatan.

Menurut agensi itu video bertajuk ‘MC boleh menjadi rasuah’ yang disiarkan pada 4 Januari lalu diterbitkan bertujuan untuk mendidik masyarakat serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perbuatan menawar, memberi dan menerima rasuah.

Katanya kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, itu merujuk kepada isu pemberian sijil cuti sakit palsu (MC) dan contoh ini berdasarkan situasi benar yang pernah disiasat oleh SPRM menerusi aduan yang diterima daripada pihak majikan dan orang awam kepada agensi tersebut.

“SPRM mengambil maklum mengenai respons yang diterima termasuk daripada pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berhubung video ini.

“Sehubungan dengan ini, bersandarkan kepada nilai kebertanggungjawaban dan kesepaduan, SPRM mengambil keputusan untuk menurunkan video tersebut demi menjaga sensitiviti dan keharmonian semua pihak,” katanya.

Jelasnya lagi, SPRM amat menghargai segala usaha, pengorbanan serta sumbangan daripada setiap pengamal perubatan di negara ini, khususnya ketika negara berdepan dengan penularan pandemik Covid-19. – SB