PIHAK Polis dari Pejabat Syerif Daerah Bristol, Amerika Syarikat (AS) kini menggunakan kebolehan dua ekor anjing K-9 milik mereka bagi mengesan virus COVID-19.
Memetik laporan CBSNews, dua ekor anjing berkenaan yang dikenali sebagai Huntah dan Duke telah melakukan kerja mengesan virus berkenaan sejak tahun lalu.
Pegawai Informasi Awam Pejabat Syerif Bristol, Jonathan Darling berkata, jabatan polis menghubungi Pusat Forensik Universiti Antrabangsa Florida (IFU) mengenai kajian kebolehan anjing untuk mengesan bau Covid-19.

Katanya, kajian itu sudah pun mula dilakukan oleh penyelidik di IFU sejak 1991 bagi melatih anjing untuk mengenal pasti karakteristik bauan yang berlainan termasuk kulat dan virus.
Kajian berkenaan mendapati anjing adalah 90% boleh dipercayai dalam mengesan bau virus Covid-19, dengan kadar ketepatan yang tinggi.
Menurut Darling, Huntah dan Duke telah dihantar untuk menjalani program latihan pada tahun lepas yang melatih mereka untuk mengenal pasti bau Covid-19 dengan menghidu bau pelitup muka yang dipakai oleh individu positif virus berkenaan.
Duke dan Huntah menjadi anjing K-9 penguatkuasa undang-undang pertama di AS yang dilatih mengesan virus itu dan telah bekerja untuk mengesan Covid-19 di 15 sekolah yang berbeza di Massachusetts.
Dua anjing itu dilatih untuk duduk di hadapan kawasan yang dikenal pasti mempunyai bau Covid-19 sebelum pengendali mereka menanda kawasan berkenaan untuk proses sanitasi.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.