Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
3.6 juta ahli miliki simpanan kurang daripada RM1,000 – KWSP -

3.6 juta ahli miliki simpanan kurang daripada RM1,000 – KWSP

SETAKAT Oktober 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran yang bersamaan dengan 22% daripada RM530 bilion pakej rangsangan diperkenalkan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP), walaupun skim pengeluaran ini telah memberi sedikit kelegaan kewangan kepada ahli ketika pandemik dan PKP, ia telah menyebabkan sebanyak 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka dengan 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang RM1,000.

Tambah agensi itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, jumlah simpan berkenaan tahap yang tidak dapat menjamin persaraan pencarum.

KWSP menjelaskan, skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020 dan disusuli dengan i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu telah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai mendesak, semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

“Majoriti ahli yang membuat pengeluaran kecemasan merupakan dalam kalangan Bumiputera dan berikutan itu sebanyak 4.4 juta atau 54% golongan tersebut mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 manakala 2 juta atau 25% pula kurang daripada RM1,000.

“Ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000 iaitu jumlah minimum diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun,” katanya. – SB