Lebih 2.7 juta populasi remaja lengkap vaksinasi

SERAMAI 2,740,609 individu atau 87.1 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah menerima dos vaksin COVID-19 lengkap, menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, setakat jam 11.59 malam tadi.

Manakala seramai 2,837,402 individu atau 90.2 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 22,827,262 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinansi, manakala 23,129,645 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data turut menunjukkan sebanyak 177,272 dos vaksin telah diberikan semalam yang melibatkan 169,380 dos penggalak, 4,675 dos kedua dan 3,217 dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,394,970 dos vaksin dengan 5,055,934 adalah dos penggalak.