Dividen ASB 2021 5.00 sen seunit

DIVIDEN Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 telah ditetapkan pada harga 5 sen seunit

Perkara itu telah diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria menerusi anak syarikatnya sidang media secara maya pada Khamis.

Menurut Arifin, pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

“Jumlah pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion membabitkan 10.4 juta pemegang saham ASB bagi tahun ini,” katanya.

Selaras dengan itu, urus niaga bagi unit ASB telah dikuatkuasakan bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022.

Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2022. – SB