Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir lebih perlukan makanan kering -

Mangsa banjir lebih perlukan makanan kering

SUMBANGAN pakaian untuk mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam tidak lagi diperlukan, kata Pengurus Operasi Pengurusan Kecemasan Bencana Selangor, Shehdi Hazrik Shamsudin.

Sebaliknya, Shehdi Hazrik berkata, pihaknya yang turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menguruskan sumbangan, masih menerima sumbangan makanan kering dan minuman seperti air mineral; mi segera; alat pembersihan diri; lampin pakai buang dan susu formula.

“Pakaian kita tidak perlu sebab yang ada masih banyak dan ia sudah jadi lambakan di tempat pengumpulan bantuan ini.

“Pihak kami memohon sangat kepada semua, hentikan hantar pakaian terpakai dan fokus kami adalah bantuan makanan seperti biskut, maggi, makanan kering,” katanya pada pemberita di pusat pengumpulan bantuan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, pada Selasa.

Beliau berkata, makanan yang sudah diproses akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan jabatan tersebut sudah mempunyai peruntukan khusus. – Bernama