Covid-19: Lebih 2.73 juta remaja lengkap vaksinasi

SERAMAI 2.74 juta individu (87 peratus) daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Selasa.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 2.84 juta individu (90.1 peratus) daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sejumlah 97.5 peratus (22.82 juta) telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23.13 juta (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56.21 juta dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4.88 juta. – Bernama