KELANTAN United FC (KUFC) mendapatkan khidmat bekas pertahanan Sabah, Evan Wansley bagi memperkuatkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
KUFC dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya pada Selasa memaklumkan pemain berusia 23 tahun itu bersetuju bersama pasukan berkenaan selepas ditawarkan kontrak semusim.
“Evan yang menyertai kelab dari Kota Bharu itu secara pinjaman pada perpindahan kedua musim lepas telah menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Sang Kijang Hijau.
Membuat 11 kali penampilan dengan mengumpul 899 minit beraksi, kehadiran Evan Wensley tepat pada masanya untuk mengukuhkan jentera pertahanan KUFC bagi menghadapi cabaran getir Liga Malaysia (Liga-M) 2022,” menurut kenyataan itu.
Pada 18 Disember lepas, KUFC mengumumkan tujuh pemain tonggak pasukan itu bersetuju melanjutkan kontrak bagi menghadapi saingan Liga-M 2022.
Mereka ialah Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi, Shahrul Hakim Rahim, Asraff Aliffuddin, Amirul Shafik Che Soh, Fikri Che Soh, Imran Samso dan Umeir Aznan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.