Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir di Terengganu: Hanya satu PPS masih dibuka -

Banjir di Terengganu: Hanya satu PPS masih dibuka

KEADAAN banjir di Terengganu beransur pulih dan hanya sembilan mangsa melibatkan tiga keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, setakat ini hanya daerah Kemaman yang masih terjejas dan satu PPS diaktifkan.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.

Hari ini, dua PPS di daerah berkenaan ditutup membabitkan PPS Surau Kampung Ban Ho yang menempatkan 39 mangsa dan ditutup pada jam 9 pagi tadi.

Manakala pada jam 9.30 pagi PPS di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok yang menempatkan 15 mangsa juga telah ditutup.

Pada Isnin seramai 63 mangsa daripada 13 keluarga berada di tiga PPS di Kemaman.

Bagaimanapun sebahagian mangsa telah pulang secara berperingkat berikutan banjir di kawasan kediaman mereka mulai surut. – SB