Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
BWF 202 : Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir, menang gangsa -

BWF 202 : Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir, menang gangsa

CABARAN Malaysia di Kejuaraan Dunia 2021 berakhir malam Sabtu, selepas wakil terakhir Malaysia, pasangan beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, tersingkir pada perlawanan separuh akhir.

Pasangan persendirian berkedudukan ke-12 dunia itu, ternyata bukanlah saingan beregu keempat terbaik dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, apabila pasangan dari Jepun itu menewaskan mereka 21-12, 21-9, dalam masa 32 minit di Huelva, Sepanyol.

Walaupun tewas, namun juara Masters Thailand 2020 itu, mampu berbangga kerana berjaya membawa pulang pingat gangsa.

Pada perlawanan akhir pada Ahad, pasangan Jepun itu akan berhadapan sama ada pasangan dari China He Ji Ting-Tan Giang atau Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Yew Sin-Ee Yi melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 Lee Yang-Wang Chi Lin pada perlawanan suku akhir, Jumaat. – Bernama


  •