97.4% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

SERAMAI 22.81 juta individu (97.4 peratus) daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi. 

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 98.7 peratus (23.11 juta) individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Pada masa yang sama, 86.8 peratus (2.73 juta) individu populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 90 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. 

Sementara itu, sebanyak 172,511 dos suntikan harian diberikan melibatkan 162,147 dos penggalak, 4,414 suntikan pertama dan 5,950 suntikan lengkap pada Khamis.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55 56 juta dengan 4.27 juta daripadanya adalah dos penggalak. – Bernama


  •