Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SOP Hari Natal: Koir, sembahyang di gereja dibenar -

SOP Hari Natal: Koir, sembahyang di gereja dibenar

PERSEMBAHAN koir di gereja sempena Hari Natal dibenarkan dengan syarat perlu mematuhi penjarakan fizikal tidak kurang satu meter serta wajib memakai pelitup atau pelindung muka. 

Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, prosedur operasi standard (SOP) itu yang akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember, dibentangkan Menterinya Datuk Halimah Mohamad Sadique ketika Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 pada Khamis dan telah diluluskan. 

Kenyataan itu menyebut, upacara sembahyang dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara. 

Selain itu, hanya penerima vaksin lengkap dibenarkan mengunjungi rumah keluarga. 

Nyanyian ‘carolling’ dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan manakala jualan gerai Hari Krismas tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Pihak Berkuasa Tempatan, menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu turut memaklumkan, Halimah menyeru penganut Kristian supaya menyambut perayaan Krismas dalam norma baharu, sentiasa mematuhi SOP ditetapkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. – Bernama