GANGGUAN bekalan air tidak berjadual sudah menjadi rutin tahunan buat penduduk Lembah Klang akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai.
TIGA bulan lepas, rakyat Selangor terpaksa menanggung keperitan ketiadaan bekalan air ekoran perhentian tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas lagi pagi ini akibat pencemaran bau.
Terkini, rakyat khususnya di lembah Klang sekali lagi terpaksa menanggung keperitan ketiadaan air apabila loji berkenaan sekali lagi ditutup setelah setelah pencemaran bau diesel dikesan di Sungai Semenyih.
Ketik mengumumkan perkara ini melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenal pasti punca pencemaran.
“Susulan henti tugas LRA Sungai Semenyih, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
“Wilayah itu ialah Petaling membabitkan 172 kawasan, Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Elina, pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terbabit menerusi aplikasi Air Selangor dan media sosial Air Selangor.
Katanya, Air Selangor juga sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan bagi menyediakan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terbabit.
“Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dan premis kritikal.
“Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama ketika peningkatan kes COVID-19,” jelasnya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.