UNTUK tiga hari berturut-turut, negara mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di bawah 4,000 kes.
Kes jangkitan baharu yang direkodkan pada Rabu berada pada angka 3,900 kes baharu Covid-19 penurunan 197 kes berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.7 juta.
“Pada 15 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,900 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,703,140 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Rt berada pada nilai 0.93.
Menurutnya, Sabah, Putrajaya dan Sarawak mencatatkan Rt di bawah paras nasional manakala tertinggi ialah Negeri Sembilan dengan 1.02. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.