Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pembida aset Sajat hilangkan diri -

Pembida aset Sajat hilangkan diri

LELAKI yang berjaya dalam bidaan semasa proses lelongan aset di kediaman usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat pada pagi tadi tidak muncul untuk membayar RM132,000 sebaik lelongan berakhir.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Aset Sajat berjaya dilelong dengan harga RM132,000

Sehingga jam 4 petang tadi, lelaki dikenali sebagai Mohd Syazwan itu tidak kembali selepas memberitahu ingin keluar dari kediaman Sajat untuk mengeluarkan wang tunai bagi menjelaskan bayaran.

Peguam firma guaman NHA Advocates & Solicitors, Zeti Zulkifli berkata, pihaknya sudah berkali-kali menghubungi pembida berkenaan namun gagal.

“Beliau sepatutnya membawa wang ketika proses lelongan tetapi memberi alasan ingin keluar mengambil wang tunai RM132,000.

“Pihak kami memberikannya masa dan beliau berjanji akan kembali secepat mungkin ketika dihubungi pada jam 2 petang,

“Bagaimanapun, beliau gagal dihubungi selepas itu,” katanya menurut laporan BH.

Berikutan itu, NHA Advocates & Solicitors akan membuat permohonan di mahkamah minggu depan bagi mendapatkan tarikh baharu proses lelongan barang di kediaman usahawan berkenaan.